Assalamualaikum .
21 januari . sepatutnya tarikh keramat itu menjadi tarikh bahagia kerana aku menghadiri majlis amal #Toys4Kidz di Hospital Kuala Lumpur . Namunbegitu , pukul 1502 aku mendapat panggilan dari hana . panggilan gagal berfungsi dengan baik . pukul 1507 , aku cuba untuk menghubungi hana semula dengan getar penuh di dada . ramalam ku tepat . berita yg tidak enak untuk didengar . "Yien , Fizy dah takde" . aku ? apa riaksi ku ketika itu ? terdiam terkaku . ku cuba kawal diri "hana , betul ke ni ?" dalam hati , aku meraung minta hana katakan itu semua gurauan . "betul yien . fizy dah takde . die meninggal dekat hospital" Ya Allah . tabahkan hatiku . tahan air mataku . aku ada tujuan murni untuk dilaksanakan . menghiburkan hati kanak2 di situ . ku simpan air mata . tenangkan hatiku . teruskan perjalanan hariku . sempurnakan tujuanku . sepanjang program , aku ketawa , aku senyum , tapi , kadangkala resah dihati datang . aku cuba utk tepis ! pulang ke rumah , ku langsungkan tugasan sbgai seorg muslim . disujud terakhir , esakan demi esakan beserta doa ku luahkan kepada Allah . ku adukan isi hati kepada yang Maha memahami . insan yang aku sayang kini dipanggil 'arwah' . sebelum ini , aku terlalu mengharap suatu hari nanti aku dapat bersama dia semula . aku hidup dengan memori bersama dia . memori manis semuanya . tiada yang pahit . kini , harapan menjadi abu , malah abu itu pergi ditiup angin naik tinggi ke awan sehingga tak dapat aku capai dan simpan . ada 3 rakaman suara fizy semasa kami bersama masih disimpan dalam telefon bimbitku . suara manjanya . aku rindu . gelak tawanya , aku rindu . dikenang semula memori ketika bersua , renungannya , aku rindu , jenakanya , aku rindu . Tuhan yang mengawal alam semesta , bantu aku , tabahkan aku . ku pohon doa setiap hari , agar arwah selesa di alam sana . dikurangkan azab seksaannya . ditempatkan dikalangan insan yang mulia . ke berdoa , selebihnya ku serahkan kepada Yang Maha Esa . tapi ku rayu , jangan Tuhan menarik ingatanku kepada fizy . biar aku hidup dalam kenangan bersamanya . aku sayang dia . salam kerinduan sayangku :')

No comments:
Post a Comment